top of page

INAPAN SERI LAKSMANA  merupakan dua buah rumah kayu tradisional yang terletak di Jalan Istana Jitra  yang menjadi pilihan ramai sebagai tempat PENGINAPAN ketika bercuti.

​

Selain menjadi tempat penginapan, Inapan Seri Laksmana juga boleh dijadikan tempat untuk MENGADAKAN PELBAGAI MAJLIS seperti kenduri kahwin, pertunangan, hari keluarga dan lain-lain kerana Inapan Seri Laksmana mempunyai kawasan tanah lapang yang luas (di belakang rumah) untuk mendirikan khemah dan menjalankan aktiviti.

​

Kami juga MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KATERING DAN KHEMAH bagi mereka yang ingin mengadakan  kanduri atau majlis di Inapan Seri Laksmana.

​

Kami berharap tetamu dan penyewa Inapan Seri Laksmana yang bertemakan “Inap Desa” ini dapat menikmati satu pengalaman istimewa, indah dan selesa seperti berada di kampung halaman yang mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri  dengan HARGA YANG BERPATUTAN.

​

INAPAN SERI LAKSMANA

KELEBIHAN INAPAN SERI LAKSMANA.

​

UNIK

​

Rumah kayu klasik yang bertemakan Kampung Halaman.

​

SELESA DAN TENANG

​

Inapan yang bersih dengan pelbagai kemudahan disediakan. Boleh memuatkan sehingga 10 orang untuk sebuah rumah. Kawasan tanah lapang yang luas di sekeliling rumah.

​

LOKASI STRATEGIK

​

Lokasi Inapan Seri Laksmana terletak di Lubuk Kawah Jalan Istana ini berada tidak jauh dari Bandar Darul Aman Jitra dan berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Perjalanan hanya mengambil masa 15 MINIT Ke bandar, 15 MINIT Ke lapangan terbang dan 5 MINIT ke masjid.

​

PELBAGAI KEMUDAHAN

​

Inapan Seri laksmana mempunyai 2 buah bilik, ruang tamu yang luas, 1 tandas, 1 bilik air, ruang dapur yang luas dan mempunyai kemudahan yang diperlukan seperti  pemanas air, seterika, televisyen, penyaman udara, kipas, toto, bantal tambahan dan lain-lain keperluan.

Inapan Seri Laksmana Jalan Istana Jitra Bandar Darul Aman Kedah

  • Facebook Basic Black

© 2023 by Inapan Seri laksmana. Proudly created by NFI with Wix.com

bottom of page